Kisah ini dipetik dari majalah Mingguan Perdana
KEMAMAN: Seorang pemandu lori mendakwa diselamatkan oleh seekor buaya tembaga ketika dia lemas sewaktu menyelam ke dalam Sungai Seting untuk menyelamatkan seorang lelaki yang hampir maut setelah eretanya terbabas ke dalam sungai tersebut.
Menceritakan pengalaman aneh itu, Ahmad Buyung, 53, berkata, selepas dia menyelam sedalam kira-kira lima meter dan berjaya menarik mangsa keluar melalui cermin keretanya yang pecah, dia terasa sesak nafas.
Bagaimnapun, katanya, dia berusaha menarik mangsa ke permukaan air bila mendapati lelaki itu sekadar pengsan dan masih bernyawa.
"Saya kemudian membawanya ke tiang jambatan sementara manunggu bnatuan daripada orang ramai. Sewaktu berpaut di tiang jambatan itu, saya berasa diri saya semakin lemah. Setelah beberapa lama, saya dapati tangan saya tidak berupaya hendak berpaut lagi," katanya.
Pada watu itu, kata Ahmad, dia perlahan-lahan tenggelam k dalam air hinggalah mendapati kakinya terpijak sesuatu.
"Benda yang saya pijak itu, rasanya keras dan berkerutu. Ia perlahan-lahan menolak saya naik semula ke permukaan air hingga ke paras dada," katanya.
Ketika itu, kata Ahmad, dia berasa lega semula kerana bantuan benda keras yang tidak diketahui itu membuatkan dia dapat menyedut semula udara setelah berada di permukaan air.
"Pada masa yang sama, orang ramai sudah mula datang dan menghulurkan tali untuk mmbantu. Dengan tenaga yang tinggal, saya ikat mangsa kemalangan pada tali itu untuk ditarik ke atas jambatan," katanya.
Ahmad berkata, dia sendiri terus berdiri di atas benda keras tersebut yang membawanya ke tebing sungai.
"Setelah berada di tebing, saya terkejut bila mendapati seekor buaya tembaga menampakkan dirinya di permukaak air. Ketika itu, barulah saya sedar rupa-rupanya buaya itu yang membantu saya."
Ahmad mengakui terkejut bercambur hairan dengan kejadian itu.
Apa yang berlaku membuatkan dia berfikir semula, adakah itu benar-menar buaya atau jelmaan makhluk halus.
"Bila buaya itu timbul di permukaan air, saya melihat matanya merenug tepat ke arah saya. Saya sekadar boleh anggukkan kepala sebagai tanda terima kasih," katanya.
Ahmad, bapa kepada sembilan cahaya mata yang kini entap di Kampung Wira Jaya, Batu Caves, Selangor , bagaimanapun melahirkan rasa sedih kerana tidak dapat membantu menyelamatkan dua lagi mangsa yang terperangkapmdalam kereta, seorang lelaki dan anaknya.
Mengikut pemandu lori minyak sawit itu, esoknya bila membaca akhbar baru dia tahu mangsa yang ditolongnya itu merupakan seorang eksekutif di Bank Bumiputera manakala yang meninggal pengurus syarikat minyak Shell bersama anaknya yang berusia enam tahun.
'Kalau saya diberitahu ada buaya dalam sungai itu, mungkin saya tidak akan turn,"katanya yang sebelu itu berpengalaman menyelam selama lebih sepuluh minitdalam sungai kerana kegemarannya memanah ikan sejak muda.